Isu yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Machang berkaitankehilangan 5,207 hektar tanah dalam jajaran baharu sempadanMalaysia–Indonesia menyentuh perkara yang sangat sensitif: kedaulatan negara dan integriti wilayah. Sekali lagi Anwar membelakangkan kuasa Yang Dipertuan Agong, Raja-Raja Melayudan Kuasa Parlimen sepertimana dikehendaki di bawah Perkara 69 Perlembagaan persekutuan. Ini adalah isu Perdana Menteri MENYERAHKAN WILAYAH secara unilateral. Sama juga denganisu AMBALAT. Perlembagaan mewajibkan Parlimen meluluskansuatu rang undang-undang bagi menyerahkan wilayah Malaysia.
TERMA YANG DIGUNAKAN OLEH ANWAR SEBELUM INI ADALAH “NO MAN’S LAND”. INI SUATU PENIPUAN. PETA WILAYAH DAN SEMPADAN MALAYSIA DAN INDONESIA WUJUD. TIDAK DITANDAKAN PUN SEBAGAI NO MANS’S LAND.
Ini percubaan Anwar memperbodohkan rakyat.
Apabila usul tergempar di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan 18(2) ditolak oleh Speaker atas alasan ia telah dijelaskan sebelum ini, isu yang timbul bukan sekadar soal penjelasan di Dewan, tetapi keperluanmemenuhi peruntukan Perlembagaan Perkara 69. Dalam konteksdemokrasi berparlimen, perkara melibatkan sempadan negara lazimnyadianggap sebagai isu berkepentingan awam tertinggi yang wajardibahaskan secara terbuka dan menyeluruh dan kemudiannya diluluskanmelalui suatu rang undang-undang.
Tindakan Anwar Ibrahim yang gagal berbuat demikianmenunjukkan ciri-ciri kepimpinan dictator.
Ketika isu kedaulatan negara melibatkan 5,207 hektar tanah, Ambalatdan Perjanjian Trump Anwar tidak dibenarkan untuk dibahaskan secaraterbuka di Parlimen, Anwar Ibrahim sebaliknya membenarkan naratifkaum dan agama mendominasi ruang awam.
Soalnya mudah: apakah ini kebetulan, atau satu percaturan politik untukmengalihkan perhatian daripada persoalan yang lebih besar dan lebihmendesak — iaitu soal kedaulatan, ketelusan rundingan antarabangsa, dan komitmen sebenar terhadap demokrasi berparlimen? Jika kerajaanbenar-benar yakin dengan keputusannya, mengapa takut untukmembahaskannya secara terbuka?
Anwar Ibrahim selama ini mengangkat slogan Reformasi dan Madanisebagai simbol keadilan, ketelusan dan pentadbiran berintegriti. Namunapa maknanya demokrasi berparlimen jika usul sah ahli-ahli Parlimenyang menyentuh sempadan negara dan perjanjian berat sebelah denganTrump ditolak daripada perbahasan dan keperluan meluluskan suatu rang undang-undang bagi tujuan membenarkan tindakan badan eksekutif tidakdipatuhi?
Apa maknanya kerajaan berteraskan keadilan jika isu kedaulatan tidakdibuka untuk semak dan imbang oleh Parlimen dan perkenan dan nasihat DYMM Yang Dipertuan Agung dan Majlis Raja-Raja diketepikan?
Waytha Moorthy Ponnusamy
Presiden
Parti Kemajuan Malaysia
13.2.2026