Pembelaan Dato Anwar Terhadap Jemputan Trump Tidak Bermaruah dan Mencemar imej Malaysia.

Pembelaan Dato Anwar Terhadap Jemputan Trump Tidak Bermaruah dan Mencemar imej Malaysia.


Percubaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempertahankan jemputan kepada bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dengan membuat perbandingan kepada perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu adalah tidak berasas, menyeleweng dari fakta sejarah, dan sama sekali tidak bermaruah.
Kemerdekaan Malaya yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman dicapai melalui diplomasi yang penuh hikmah, kebijaksanaan dan muafakat. British pada waktu itu bukanlah penjajah yang menindas, tetapi bekerjasama dengan Raja-Raja Melayu serta Majlis Perundangan dalam satu proses perlembagaan yang aman dan teratur. Kemerdekaan dicapai tanpa pertumpahan darah, hasil rundingan yang menghormati kedaulatan dan maruah bangsa.


Menyamakan perjuangan Tunku itu dengan tindakan menjemput Donald Trump adalah penghinaan kepada sejarah dan perjuangan kemerdekaan negara. Rekod Trump dipenuhi dengan kezaliman – pemerintahannya membekalkan senjata dan peralatan ketenteraan canggih kepada rejim Zionis Israel yang telah membunuh ribuan orang awam dan wartawan di Gaza. Di bawah pentadbiran Trump, Amerika Syarikat menghalang usaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan, dan melindungi Israel walaupun dunia menuduh mereka melakukan jenayah perang serta genosid terhadap rakyat Palestin. Menghalang makanan asas daripada sampai kepada rakyat Palestine yang mati dalam ratusan akibat kebuluran  juga dibantu oleh pemerintahan Trump. 

Anwar kini sedang mempertahankan perkara yang tidak dapat dipertahankan. Hujahnya tidak lebih daripada helah politik untuk meredakan gelombang penentangan rakyat yang semakin meningkat terhadap keputusan beliau menjemput seorang pemimpn yang bersubahat dalam penindasan dan pertumpahan darah, dan genosid rakyat Palestine.

No module Published on Offcanvas position