Waytha's Blog Waytha's Blog
Waytha's Blog Waytha's Blog
Details
Category: Blog
04.Nov
Hits: 4

STAND WITH DATUK SHUHAILY. DO NOT LET THE PEOPLE’S HOPE FADE.

  • Facebook
  • X
  • LinkedIn
  • WhatsApp
  • Email

Malaysians should initiate an online petition in solidarity with Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain for a corruption-free, principled and progressive police force.

When an officer has the courage to confront shortcomings within his own ranks, that courage deserves public support. Especially now, when there is a perception that “cartels” exist not only within the police force but across much of the country’s administration.

Datuk Shuhaily spoke out about alleged links between police personnel and criminal syndicates. He questioned lavish lifestyles that did not match officers’ incomes and demanded that senior officers take responsibility for those under their command. He also announced asset audits for officers holding sensitive positions.

These matters concern public trust, safety and accountability.

Whatever our experiences with PDRM, however deep our disappointment or distrust, Datuk Shuhaily’s willingness to confront alleged wrongdoing within his own ranks gives us reason to keep hoping—and to believe that many other officers of integrity remain within the force, although they may be reluctant to speak openly.

For Malaysians who still believe our institutions can be improved, Datuk Shuhaily carries that hope.

The hope of clean, principled police leadership with the courage to act without favour. The hope that honest officers still have the opportunity to bring about change.

We cannot expect officers to be courageous, then leave them standing alone when they come under “pressure".

This petition can offer moral support to Datuk Shuhaily and every officer who has the courage to reject corruption. Its message is clear:

You are not alone. Your honesty is valued. Malaysians stand with you in building a police force free from corruption and upholding integrity.

I call upon concerned Malaysians and civil society organisations to take up this initiative. Across race, religion and political allegiance, we all need a police force we can trust.

Let us stop merely complaining and hoping that things will improve on their own. Change requires citizens willing to speak out and act.

Waytha Moorthy Ponnusamy

4.11.2026

Details
Category: Blog
04.Nov
Hits: 4

SOLIDARITI BERSAMA DATUK SHUHAILY. JANGAN BIARKAN HARAPAN RAKYAT PADAM.

  • Facebook
  • X
  • LinkedIn
  • WhatsApp
  • Email

Rakyat Malaysia wajar memulakan petisyen dalam talian sebagai tanda solidariti bersama Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain demi sebuah pasukan polis yang bebas rasuah, berintegriti dan progresif.

Apabila seorang pegawai berani menegur kepincangan dalam pasukannya sendiri, keberanian itu mesti mendapat sokongan rakyat. Lebih-lebih lagi apabila kita kini melihat terdapat persepsi bahawa terdapat “kartel” bukan sahaja dalam pasukan polis malah dalam kebanyakan system pentadbiran negara.

Datuk Shuhaily bersuara tentang dakwaan hubungan anggota polis dengan sindiket jenayah. Beliau mempersoalkan kemewahan yang tidak sepadan dengan pendapatan dan menuntut pegawai atasan bertanggungjawab terhadap anggota di bawah seliaan mereka. Beliau turut mengumumkan audit harta bagi pegawai yang memegang jawatan sensitif.

Perkara ini menyentuh soal amanah, keselamatan dan keyakinan rakyat.

Walau apa pun pengalaman kita dengan PDRM, walau sedalam mana kekecewaan atau keraguan kita, keberanian Datuk Shuhaily menegur dakwaan salah laku dalam pasukannya sendiri memberi kita sebab untuk terus menaruh harapan dan mempercayai bahawa masih adalagi ramai anggota yang berwibawa tetapi mereka mungkin “segan” bercakap secara lantang.

Bagi rakyat yang masih percaya bahawa institusi negara boleh diperbaiki, Datuk Shuhaily membawa harapan itu.

Harapan untuk melihat kepimpinan polis yang bersih, berintegriti dan berani bertindak tanpa pilih kasih. Harapan bahawa pegawai yang jujur masih mempunyai ruang untuk membawa perubahan.

Kita tidak boleh mengharapkan pegawai yang berani, kemudian membiarkan mereka bersendirian apabila berdepan “tekanan”.

Petisyen ini boleh menjadi sokongan moral kepada Datuk Shuhaily dan setiap pegawai yang berani menolak rasuah. Mesejnya jelas:

Anda tidak bersendirian. Kejujuran anda dihargai. Rakyat bersama anda dalam usaha membina pasukan polis yang bebas rasuah dan berintegriti.

Saya menyeru rakyat yang prihatin dan pertubuhan masyarakat sivil supaya menggerakkan usaha ini. Merentaskaum, agama dan pegangan politik, kita semua memerlukan pasukan polis yang boleh dipercayai.

Jangan kita hanya mengeluh, kemudian berharap keadaan akan pulih dengan sendiri. Perubahan memerlukan rakyat yang sanggup bersuara dan bertindak.

Details
Category: Blog
30.Oct
Hits: 104

YB Takiyuddin Tegur “Munafik”, Anwar Alih Isu: Jawab Kegagalan Belanjawan, Jangan Berselindu

  • Facebook
  • X
  • LinkedIn
  • WhatsApp
  • Email

Datuk Seri Takiyuddin Hassan — sebagai pemimpin kananPAS, parti politik Islam paling lama bertapak di negara ini, serta seorang peguam yang amat dihormati dan berprinsip — berhak sepenuhnya menggunakan istilah munafik untukmengkritik dasar belanjawan Kerajaan Madani dan pelaksanaannya. Dalam wacana politik dan agama, penggunaan istilah sedemikian merupakan kritikan berbentukkiasan yang sudah lama digunakan untuk menonjolkan jurangketara antara janji yang dibuat (waad) dengan apa yang benar-benar ditunaikan kepada rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pentadbirannya sendiri telah secara jelas menjenamakankeseluruhan kerangka pentadbiran, dasar dan belanjawannegara di bawah panji ketamadunan Islam yang sarat denganmakna, iaitu “Belanjawan Malaysia Madani, Menggapai Di Langit, Mengakar Di Bumi”.

Dengan itu, mereka sendiri telah membuka ruang untukpenelitian moral dan agama yang tegas. Kerajaan yang mengangkat dirinya atas prinsip ketamadunan yang suci tidakboleh melindungi dirinya daripada kritikan keras mengenaikemunafikan dan janji yang tidak ditunaikan. Menegurkegagalan dasar sebagai suatu kemunafikan ialah bentuksemak dan imbang politik serta moral yang sah.

Daripada menjawab inti pati kritikan YB Takiyuddin yang tegas dan berprinsip mengenai belanjawan, Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba mengalihkan perhatian daripadatanggungjawabnya. Dengan mengheret istilah berat yang tidakberkaitan seperti murtad ke dalam naratif tersebut, Perdana Menteri sengaja mengaburkan persoalan sebenar dan “mencipta gangguan politik”.

Pendekatan PM DS Anwar jelas merupakan percubaan meraihmodal politik murahan atas nama agama denganmemperlekehkan Takiyuddin, seolah-olah seorang pengamalundang-undang yang matang dan pemimpin kanan parti Islam itu cetek pengetahuan agamanya serta menggunakan istilahsecara sembarangan.

Daripada bermain dengan makna perkataan dan mempersoalkan kewibawaan orang lain, Perdana Menteri sepatutnya bertindak sebagai seorang negarawan. Hentikanhelah mengalihkan perhatian dan jawab secara langsung soalkekuatan serta kegagalan dasar belanjawan kerajaannya.

 

Waytha Moorthy Ponnusamy

Presiden

Parti Kemajuan Malaysia (MAP)

30.10.2026.

Details
Category: Blog
30.Oct
Hits: 103

YB Takiyuddin Calls Out “Munafik” Hypocrisy, Anwar Deflects. Answer for the Budget Failures—Stop Hiding Behind Distractions

  • Facebook
  • X
  • LinkedIn
  • WhatsApp
  • Email

Datuk Seri Takiyuddin Hassan—as a senior leader of PAS, the country’s longest-standing Muslim political party, and a highly respected, principled lawyer—acted entirely within his rights to use the term munafik to critique the Madanigovernment’s budget policies and their implementation. In political and religious discourse, employing such terminology is a well-established metaphorical critique used to highlight a glaring gap between promises made (waad) and actual delivery to the rakyat.

Crucially, because Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim and his administration have explicitly branded their entire governance framework, policies, and national budget under the heavy Islamic-civilizational banner of "Malaysia Madani, Reaching for the Skies, Rooted To The Earth”, they have naturally invited rigorous moral and religious scrutiny. A government that elevates itself using sacred civilizational principles cannot insulate itself from hard-hitting critiques regarding hypocrisy and unfulfilled pledges. Calling out policy failures as hypocritical is a valid form of political and moral check-and-balance.

Instead of addressing the substance of Takiyuddin's rigorous, principled critique on the budget, Datuk Seri Anwar Ibrahim is attempting to deflect accountability. By dragging unrelated, heavy terms into the narrative like murtad, the Prime Minister is deliberately muddying the waters and manufacturing a political distraction.

Anwar’s approach is a transparent attempt to score cheap religious points by patronizingly insinuating that a legal expert and senior Islamic party leader like Takiyuddin is unversed in religion and uses terminology loosely. Rather than playing semantics and questioning others' credentials, the Prime Minister should act like a statesman. Put down the political deflection and strictly defend the merits and failures of his government's budget policies.

 

Details
Category: Blog
13.Oct
Hits: 864

Sindiket Mafia Pasar Selayang. Mengapa Pelarian Rohingya MenjadiKambing Hitam Rasuah Tempatan?

  • Facebook
  • X
  • LinkedIn
  • WhatsApp
  • Email

Sejak kebelakangan ini, sentimen masyarakat Malaysia terhadap pelarian Rohingya  semakin meruncing. Ramai yang melihat kehadiran mereka sebagai satu ancaman yang merosakkan ketenteraman awam dan ekonomi tempatan.

Kemarahan ini paling jelas kelihatan di Pasar Borong Selayang dan Pasar Harian Selayang di mana rata-rata komuniti Melayu kecewa melihat warga Rohingya seolah-olah "menguasai" ruang perniagaan secara haram. Akibatnya, timbul desakan keras untuk mengusir dan menghantar mereka pulang ke negara asal. Namun, adakah menghantar mereka kembali ke medan perang dan menghadapi kematian merupakan jalan penyelesaian yang berperikemanusiaan dan dituntut oleh hati nurani kita yang beragama?"

Hakikatnya, masyarakat kita telah dikaburkan daripada realiti sebenar. Monopoli perniagaan di Pasar Borong Selayang bukanlah rancangan licik pelarian yang daif, melainkan tindakan terancang oleh kumpulan mafia tempatan yang mengawal segalanya dari balik tabir. Pihak berkuasa tempatan seperti DBKL dan Majlis Perbandaran Selayang mengendalikan pengeluaran permit perniagaan. Persoalan besar yang jarang dipersoalkan ialah: Siapakah pemilik sebenar lesen-lesen ini yang sengaja menyewakannya kepada warga asing demi keuntungan atas angin? 

Perkara yang sama berlaku di China Town Kl dimanasegala perniagaan dikendalikan oleh warga Bangladesh.

Sistem ini berjalan dengan pengetahuan penuh pihak imigresen, kementerian, dan agensi penguatkuasa. Namun, tiada tindakan tegas diambil kerana rantaian perniagaan ini dilindungi oleh rangkaian mafia korup sehingga DBKL dan majlis Perbandaran Selayang tidak mengambil tindakan. Rasuah yang berakar umbi inilah yang membolehkan mafia korup ini mengawal dan memanipulasi harga barangan keperluan harian yang asas. Ironinya, rakyat marhaen terus disogok dengan naratif kononnya faktor luaran atau kewujudan pelarian yang menyebabkan kita kehilangan peluang perniagaan, kos harga sayur dan sara hidup meningkat, sedangkan poket kartel tempatan yang semakin tebal.

Sebagai masyarakat yang mendasari hidup dengan sifat rahmah, masyarakat Malaysia perlu sedar bahawa pelarian Rohingya hanyalah mangsa keadaan—baik di tanah air mereka mahupun di pasaran gelap kita yang dikawal oleh mafia tempatan. Menolak mereka kembali ke tangan junta tentera yang zalim di Myanmar bererti menghantar mereka ke lubang kematian. Tindakan itu tidak akan menyelesaikan masalah ekonomi kita selagi sistem rasuah sewa lesen dan perlindungan haram oleh Mafia Pasar Selayang tidak dibenteras.

Kunci penyelesaiannya bukan dengan membenci komuniti yang tertindas, tetapi dengan mendesak reformasi total terhadap integriti penguatkuasaan. Sudah tiba masanya kita rakyat Malaysia kembali membuka hati, mempamerkan sifat ihsan dan kasih sayang kepada mangsa kekejaman, sambil bersama-sama menentang musuh sebenar negara: rasuah yang membusuk di dalam sistem kita sendiri.

 

Waytha Moorthy Ponnusamy

13.10.2026

Details
Category: Blog
28.Sep
Hits: 393

A statutory power under Section 36 MACC Act to demand information is not a licence to subject citizens — much less a 12-year-old child — to unnecessary exercises of enforcement authority

  • Facebook
  • X
  • LinkedIn
  • WhatsApp
  • Email

The widely reported action by the Malaysian Anti-Corruption Commission requiring Datuk Seri M. Saravanan, his family members, including his 12-year-old son to attend MACC headquarters solely to be served with notices under that section, if true, is nothing but an abuse of power and authority. Section 36 of the MACC Act does not empower the commissioner to require attendance for purposes of serving a notice.

This issue must not be confused with other investigative powers available to MACC under the Act. Section 36 is a specific statutory power with its own requirements and must be examined on its own terms independently.

 The statutory obligation is therefore to furnish the information required by the notice.

 Section 36 does not say that the person upon whom the notice is to be served must first present himself physically at MACC headquarters merely so that MACC can hand the notice to him.

 The power to require information by written notice cannot simply be enlarged administratively into a power to compel personal attendance for the purpose of serving that notice.

 This concern is heightened when the individual required to attend is a 12-year-old child.

The notice could have been lawfully served through standard methods, including via a parent or guardian where appropriate.

 

A statutory power to demand information is not a licence to subject citizens — much less a 12-year-old child — to unnecessary exercises of enforcement authority.

 

If Saravanan's account is correct and his son was required to attend MACC headquarters solely to receive a section 36 notice, then MACC has exceeded and abused its statutory power.

 

Waytha Moorthy Ponnusamy

President

Malaysian Advancement Party

28.9.2026

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
Load more...